KEBAIKAN E-SUKAN



 

Kemahiran kogniti dan berfikiran serta kreatif

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa individu yang terlibat secara langsung dalam arena e-sukan mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi kerana mereka mampu melakukan 400 pergerakan dalam masa seminit di atas papan kekunci. Bagi mereka yang sudah biasa bermain permainan video, pastinya mereka perlu berhadapan dengan pelbagai pilihan yang berbeza-beza untuk melepasi halangan atau memenuhi matlamat permainan video tersebut. Hal ini membuatkan para pemain mempunyai ketajaman minda untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan risiko sebelum membuat keputusan. Pemain e-sukan juga berkemahiran untuk menyelesaikan masalah dan berfikiran kolektif serta kreatif.


Revolusi Industri 4.0

Permainan video berkait rapat dengan perekaan grafik komputer, pengaturcaraan komputer, perisian baharu dan pembangunan perkakasan komputer yang lebih canggih. Hal ini secara tidak langsung menjadikan sukan ini sebagai platform untuk memacu negara ke arah yang lebih maju dalam mengharungi Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan teknologi.


Sikap bertoleransi dan nilai kerjasama

Pertandingan e-sukan dianjurkan pada peringkat antarabangsa yang melibatkan pemain dari seluruh dunia yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. Oleh hal yang demikian, secara tidak sedar, individu yang terlibat dalam bidang ini dapat mempelajari pelbagai budaya dan bahasa yang terdapat di seluruh dunia. Hal ini secara tidak langsung mengajar kita sikap bertoleransi antara satu sama lain dan menghargai setiap perbezaan yang ada di sekeliling kita. Sukan elektronik juga turut memupuk nilai kerjasama dan sikap tidak mudah berputus asa dalam mengharungi permainan kerana e-sukan memerlukan kerjasama yang erat antara ahli pasukan untuk memenangi sesuatu pertandingan.

Melalui e-sukan, para pemain dapat memperluas jaringan sosial para pemain, sehingga mempunyai kenalan yang berada di luar negara kerana setiap pemain perlu berinteraksi dengan pemain lain yang tidak diketahui latar belakang dan asal usul mereka untuk mendapatkan keserasian ketika bermain bersama-sama. Oleh itu, tidak hairanlah para pemain e-sukan ini mempunyai komuniti yang begitu besar.


Menambah baik kualiti penglihatan

Di samping itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa pelibatan individu dalam permainan video dapat menambah baik kualiti penglihatan mereka. Kajian ini mendapati individu yang kerap bermain permainan video dapat meningkatkan kemahiran visual seperti mengesan beberapa objek pada satu-satu masa dan menajamkan penglihatan mereka.







Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBURUKAN E-SUKAN

SAMBUTAN E-SUKAN